>Iman

>

Seorang sahabat Nabi, bernama Sufyan bin Abdullah, pernah datang kepada Rasulullah saw untuk memohon daripada baginda secebis nur petunjuk nubuwwah, yang kiranya dapat dijadikan sebagai pegangan dalam hidupnya, hingga tak perlu bertanya lagi kepada orang lain selain kepada baginda.
Nabi memberikan jawaban dengan suatu kata-kata yang penuh hikmah, yang dapat mententeramkan hati sipenanya, bahkan juga bagi manusia secara keseluruhannya.
Jawaban baginda hanya terdiri daripada dua kalimah pendek, tetapi mengandungi segala keutamaan bahkan merupakan inti dasar bagi segala kemajuan, iaitu kalimah:

Qul Amantunbillahi Tsumma Istaqim’
Maksudnya:

“Katakanlah olehmu, aku beriman kepada Allah, kemudian peganglah terus secara kukuh dan berpegang teguhlah kata-kata itu sebagai pegangan dan landasan dalam kehidupan ini.”

Iman kepada Allah memang merupakan kekayaan rohani paling besar yang dapat membentuk manusia menjadi bijak dan dapat menuntun sikap hidup yang jujur. Iman kepada Allah adalah sumber segala kebaikan. 
Daripadanya akan memancar segala nilai akhlak dan kejiwaan, dan daripadanya juga memancar sumber-sumber keutamaan dan kemuliaan.
Bila iman telah bersemayam di dalam hati seseorang dan telah sempurna maknanya dalam jiwa, ia akan merupakan pembenaran terhadap setiap apa yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah, dan kepatuhan terhadap semua hukum syari’at yang diturunkan kepada baginda daripada Allah SWT. Dalam maksud firman-Nya, Allah SWT telah menegaskan:

Barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi bimbingan petunjuk terhadap hatinya, dan Allah Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu.”
(Surah At-Taghabun: ayat 11)
“Iman kepada Allah merupakan hakikat yang akan membuahkan sikap yang sentiasa beringat dan berzikir kepada Allah, dan membuahkan rasa sayang yang hakiki terhadap sesama hamba-hamba-Nya. Ia seperti sebuah pohon yang baik akar-akarnya, terhunjam kuat ke dalam bumi. Sementara cabang-cabangnya menjulang keatas langit, yang setiap saat akan memberikan buah-buahnya dengan seizin Tuhannya.”
(Surah Ibrahim: ayat 24)

Orang yang beriman kepada Allah, kepada syari’at-syari’at-Nya, kepada Rasul-Nya dan kepada hari kebangkitan atau hari pertanggungjawaban segala amal, adalah orang yang soleh dan berguna, baik untuk dirinya sendiri mahu pun untuk masyarakatnya.
Dia akan menjadi manusia yang tahu dan menjaga hak dan kewajipan saudara-saudara seagamanya, mahu pun sesama umat manusia yang lainnya, kerana dia percaya bahawa melanggar hukum-hukum Allah pasti diketahui-Nya dan dia akan dihukum kerananya, sebab Tuhan Maha Mengetahui akan segala perbuatan hamba-hamba-Nya.
Bahkan iman kepada Allah dapat memperluaskan pandangan hidup seseorang mukmin. Ia akan menjadi manusia yang tenang dan tenteram, yang rela dan sabar dalam menghadapi pelbagai penderitaan dan musibah. Dia akan menerima segala keputusan Allah dengan hati yang ikhlas. Dia selalu bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmat yang diperolehinya. Dia menjadi manusia yang rendah hati, tidak sombong dan tidak pula bertindak sewenang-wenangnya.
Selanjutnya dia akan selalu menunaikan hak dan kewajipan masyarakatnya dengan baik, seperti tolong-menolong dan saling memberikan nasihat yang baik. Dia akan selalu berusaha dan berjuang ke arah mewujudkan kebaikan dan kebahagiaan umat manusia secara keseluruhannya. Rasulullah saw telah mengisyaratkan dalam satu sabdanya yang bermaksud, akan bagaimana hebatnya keadaan seseorang mukmin itu:

Betapa hebatnya kedudukan seseorang mukmin itu, semua hal adalah baik belaka baginya. Dan itu hanya dimiliki oleh seorang mukmin. Bila dia mendapatkan sesuatu yang menyenangkan, dia akan bersyukur (kepada Allah) dan itu baik baginya. Dan bila dia ditimpa sesuatu cubaan berupa kesusahan, dia tetap bersabar, dan itu baik juga baginya.”
(Hadith riwayat Ahmad dan Muslim)

Iklan

~ oleh lpu7 pada 2 Oktober 2010.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: